Siti Rohana berasa amat
penat dan tersangat jemu, saban petang harus memasak dan menyiapkan makan malam
untuk suaminya, Badrul. Setiap hari Siti Rohana wajib memasak walaupun dalam
keadaan penat, letih, lesu, stress dan menyampah.
Suatu malam, sedang Badrul
berselera mengadap makan malam, ringan mulut Siti Rohana ingin bertanya sesuatu
kepada suami tercinta.
“Abaang”, Siti Rohana
memulakan perbualan.
“Ya, ada apa tu Hana”, balas Badrul dengan penuh lemah lembut.
“Hana nak tanya sikit,
boleh tak?” tambah Siti Rohana lagi
“Apa dia.. Tanya la..”
jawab Badrul tenang sambil mulut mengunyah nasi dan ikan gelama masin jeruk kegemarannya yang ditabur bawang dan cili goreng yang dihidangkan oleh
isterinya. Faham benar Siti Rohana tentang lauk kegemaran suaminya itu.
“Tengahari, Abang
memang tak makan di tempat kerja ka..?” soal Siti Rohana lembut. Di dalam hatinya, bimbang juga kalau-kalau soalannya itu membuat suaminya tersinggung.
“Hmmm… tak… kenapa?”
jawab Badrul pendek dan ringkas.
“Tak da laaa.. Hana tengok
Abang hari-hari minta Hana masak. Kalau boleh, Hana nak juga berehat sehari
dua. Kalau Abang dah makan kat luar untuk makan malam, boleh la Hana rehat sikit…
penaaatt laaa Baaangg.” Luah Siti Rohana dengan lembut cuba mengeluarkan isi
hatinya.
“Dengan 3 orang Si
Kenit yang tidak tahu duduk diam, rumah bersepah, kain baju berbakul-bakul nak
kena basuh, jemur dan lipat… kadang-kadang Hana stress laa” tambah Siti Rohana cuba merayu simpati.
Satu persatu perkataan
disusun rapi agar suaminya tidak terasa hati. Siti Rohana teringat juga yang
Ustaz pernah berkata, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas
suami. Jadi, tak salah rasanya kalau beliau meluahkan perasaan dan isi hati
kepada suaminya. Namun tugas-tugas lain dilakukan dengan sempurna. Harap-harap
suaminya faham.
Badrul berhenti
mengunyah, saki baki nasi di dalam mulutnya ditelan terus. Kali ini, matanya
memandang tepat ke muka bujur sireh isterinya tersayang. Direnung dalam-dalam mata isterinya itu.
Sebelum meneruskan apa yang hendak diucapkan, Badrul mencapai gelas yang berisi air masak yang disediakan oleh isterinya dan meneguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat isterinya.
Sebelum meneruskan apa yang hendak diucapkan, Badrul mencapai gelas yang berisi air masak yang disediakan oleh isterinya dan meneguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat isterinya.
“Manis jugak senyuman
suami aku ni…” bisik Siti Rohana di dalam hatinya. Kebetulan wajah suaminya itu iras-iras Rano Karno, artis Indonesia kegemarannya. Masih terngiang-ngiang ditelinganya lagu nyanyian Rano Karno, 'Kau Yang Sangat Ku Sayang' yang sering dinyanyikan oleh suaminya saat mereka bercinta dahulu.
“Hana”, Badrul
memulakan bicara.
“Abang minta maaf
kerana menyusahkan Hana. Abang tak tahu yang Hana penat. Kalau Abang tahu Hana
penat, Abang tak akan minta Hana masak untuk Abang…” sambung Badrul dengan nada
bersalah.
Badrul berhenti
seketika sambil menarik nafas lalu menyambung…
“Ada beberapa perkara
yang Abang rasa Hana perlu tahu kenapa Abang tidak makan tengahari di tempat
kerja”, sambung Badrul.
“Beberapa perkara?” terdetik
di hati Siti Rohana. Dengan penuh debaran, Siti Rohana sabar menanti rahsia
perkara tersebut.
“Pertama… Abang terlalu
merindui masakan Hana” Badrul mula meluahkan isi hatinya.
“Setiap hari, selepas
waktu kerja,, Abang tidak sabar untuk sampai ke rumah untuk menjamah masakan
Hana, masakan dari hasil air tangan Hana sendiri, isteri Abang yang sangat-
sangat Abang sayang” tambah Badrul.
“Masakan Hana sedap.
Tidak ada di kedai…tidak ada di Ali Maju, Hidayah Maju, Shah Maju, ntah apa-apa
Maju lagi… kedai-kedai semua tu tidak mampu menyaingi masakan Hana” Badrul
menjelaskan satu persatu.
“ALLAHU AKHBAR”..
tersentap perasaan Siti Rohana.
“Mulia sungguh hatimu
wahai suamiku”, terdetik di hati Siti Rohana.
Rasa bersalah mula
menyelubungi perasaan Siti Rohana kerana menyuarakan isi hatinya sebentar tadi.
Penatnya tak la seberapa sangat pun... Belum sempat Siti Rohana bersuara untuk
memohon maaf…
“Kedua.. kalau Abang
makan tengahari di tempat kerja, kenyang itu akan sampai ke malam” Badrul terus
mengeluarkan isi hatinya.
“Jadi, bila pulang ke
rumah, Abang mungkin tidak akan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan Hana,
Abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri Abang yang tercinta
inii..” sambung Badrul lagi.
Saat ini, Siti Rohana
dah hampir tertewas. Tewas dengan genangan air mata yang berlumba-lumba ingin
keluar dari kelopak matanya. Namun dia cuba menahan agar air matanya tidak
terus mengalir keluar.
“Ketiga, sekarang Abang
sedang cuba berjimat untuk mengumpul duit. Duit makan tengahari itu Abang
simpan. Abang simpan untuk kita berdua sama-sama pergi menunaikan ibadah haji
dalam masa yang terdekat.” Tambah Badrul bersungguh-sungguh.
Ketika ini, Hana tidak dapat berpura lagi lalu terus
menerpa ke arah suaminya. Tangan suaminya yang basah dengan kuah dicapai lantas
dicium berkali-kali dan cuba memohon maaf.
“Berdosanya aku” bentak hati Siti
Rohana dengan rasa kesal.
“Tak pa.. tak pa… Hana
tak buat salah pun dengan Abang”, Badrul cuba meredakan keadaan. “Abang yang
bersalah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada Hana. Besok, InsyaALLAH,
Abang akan masak sendiri ok…” tambah Badrul lagi.
Jawapan Badrul itu
membuatkan air jernih di kelopak mata Siti Rohana tidak dapat dibendung lagi
lalu mencurah laju membasihi pipi isterinya yang putih kekuningan itu. Tersenguk-seguk bahu Siti Rohana, menangis dan terus menangis.
“Dah.. dah jangan
menangis” lembut dan perlahan suara Badrul cuba memujuk isterinya.
Dalam teresak-esak
menangis, Siti Rohana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja dan
tidak sanggup untuk mengiyakan permintaan suaminya yang tercinta.
“Dia yang seharian
penat bekerja menyara keluarga, berlapar dan ‘berpuasa’, tidak sepatutnya aku
melayan sedemikian rupa.. Oh ALLAH.. Ampunilah aku dan rahmatilah suami aku”
hati Siti Rohana terus meraung dan meronta dalam cucuran airmata yang membasihi
seluruh pipinya.
"Abaaangg" hanya itu yang termampu diucap oleh Siti Rohana, dan air matanya semakin laju bercucuran mengalir keluar dan terus menangis di dalam dakapan suami tercinta.
"Abaaangg" hanya itu yang termampu diucap oleh Siti Rohana, dan air matanya semakin laju bercucuran mengalir keluar dan terus menangis di dalam dakapan suami tercinta.
Rekaan
Abang Chaq semata-mata. Nama dan watak tidak ada kena mengena dengan yang hidup
atau yang telah meninggal dunia.