Salam sejahtera,
Hari ini, Selasa 12 Rabiul Awal 1432 H (15/02/2011). Macam tahun-tahun yang lepas, tarikh keramat ini akan disambut meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Hari Ulang Tahun Keputeraan Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW yang kelahirannya telah memberi rahmat untuk sekelian alam. Seorang manusia yang sengaja ALLAH pilih untuk lahir ke alam ini untuk kita contohi dan ikuti. Seorang hamba ALLAH yang sangat taat dan patuh kepada segala perintah dan tegahan ALLAH. Seorang Rasul yang sabar, gigih, tabah dan sanggup berkorban apa saja untuk agama ALLAH. Hasil daripada pengorbanan Baginda itu, maka hari kita dapat merasai nikmat dan kemanisan Islam.
Umat Islam di Malaysia tidak ketinggalan, akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini saban tahun. Sambutan yang dibuat adalah sebagai tanda rasa cinta, kasih dan sayang kita kepada Baginda.
Persoalannya, adakah kita patuh serta taat kepada apa yang Baginda perintahkan? Adakah kita telah ikut Sunnah Baginda, cara hidup, berpakaian, tingkah laku, berkeluarga, bermasyarakat, mentadbir rumah tangga, cara Baginda berpolitik, mentadbir negara, cara Baginda menjalani urusan harian berlandaskan perintah ALLAH? Tepuk dada tanya iman.
Diceritakan di dalam sejarah, apabila mendapat tahu Siti Aminah melahirkan seorang bayi lelaki, Abu Lahab amat gembira sekali. Oleh kerana seronok dan gembira yang teramat sangat, Abu Lahab dengan rela hati telah mengorbankan 100 ekor unta dan memerdekakan seorang hamba. Itulah cara Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW. Abu Lahab amat gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad, tapi sayang beliau tidak mahu beriman, tidak mahu patuh kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, malah beliaulah yang menjadi penghalang terbesar kepada dakwah dan gerakan Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW.
Adakah kita juga menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW sama seperti Abu Lahab iaitu seronok dengan kelahiran Nabi tetapi tidak mahu ikut apa yang Nabi Muhammad ajar kepada kita. Sekali lagi "Tepuk dada tanya iman".
Pagi ini Abang Chaq berkesempatan meraikan kemeriahan berarak, berselawat, memuji Baginda Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 H di Pusat Pentadbiran Putra Jaya.
Abang Chaq sempat merakamkan gambar rakan-rakan kontijen pejabat Abang Chaq semasa menyertai sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Bertolak ke Putra Jaya seawal 5.10 pagi
di Masjid Putra Jaya,
Suasana tenang dan damai di dalam masjid
Tiga jejaka tampan bersedia untuk berarak.
Alamak... sampin tak ikat lagi
Kita jalan betul-betul tau...
agaknya itulah yang diperkatakan oleh En. Zul.....
Butang baju aku mana Pah.....
Suasana tenang dan damai di dalam masjid
Tiga jejaka tampan bersedia untuk berarak.
Alamak... sampin tak ikat lagi
Kita jalan betul-betul tau...
agaknya itulah yang diperkatakan oleh En. Zul.....
Butang baju aku mana Pah.....
Kalau kita menang, hari ini saya bagi cuti.....
Seronok nampak En. Hasbul kita ni...
Kusyuk nampak En. Kem tu, tengah hafal selawat kot...
En. Hasbul dah tak sabar dah tu nak berkawat....
Sapa di belakang yang tak ready lagi tu..
Sebahagian dari kontijen yang mengambil bahagian
Perarakan sejauh 1.6km, boleh tahan gak.. berpeluh
eh...eh.. sapa pulak ni...
Sapa yang penat, boleh duduk dulu...
itulah agak yang dikata oleh En. Rahman Yaakob
runtuh bahu Rahman tu jap gi ...
ambil peluang sengeh depan kamera
La...dia ni lagi...
mesti le.....
En. Hasbul dan En. Alias berdiri depan tiang gol ke...
Rabie dok teropong apa pulak tu....
Segak Nampah En. Coach-Coach Hota He kita ni.....
Imam intai apa tu...
Lega.....dapat lepak jap...
Rahman, Azali, Farizal, Malek Jalor kepenatan agaknya
Ketibaan Yang Dipertuan Agong..
la.... dia ni lagi.....
Masa bawa kereta jangan sesekali pejam mata...
melepaskan penat di pagar besi..
Amboi... happy je Kak Limah kita tu...Bagi tau Shira sama...
Muslimat FELCRA Bhd......
Dada aku ok lagi... eksesais pagi ni...
Muslimat.....
kami tak buat apa-apa pun...
Ok ke aku nii...?
Ok le tu.....
Nadia... pegang Fiza tu kuat-kuat...
Rasa macam nak mandi...
Tapi... seganlah...
Kalau kita mandi sekali bole ke....
Amin.......
Amin jugak....
Panjangnya doa imam nii...
Hj. Din... jangan panjang sangat baca doa tu...
En. Coach.... boleh sapu muka dah tu...
Imam dah habis doa dah kot....
Imam dah habis doa dah kot....
eh..eh.. Syawal minta doa apa.. bagi le tau kita orang..
lambat le nak dapat yang dihajat tu...
Macam ni...... nak bagi tau kau orang semua..
Macam ni...... nak bagi tau kau orang semua..
Shira...Kak Anom...Kak Limah...
Esok call aku balik....
punya la bersungguh-sungguh berkawat tadi..
apa hang ni Ol, gambar solo Nadia sampai 6 keping. orang lain pun nak jugak masuk blog.
BalasPadamGambar aku pun ada gak..hehehe
BalasPadam