SALAM SEJAHTERA

Rabu, 18 Disember 2019

Kalau Benar Bagai Dikata

Kalau Benar Bagai Dikata.

Siti Rohana berasa amat penat dan tersangat jemu, saban petang harus memasak dan menyiapkan makan malam untuk suaminya, Badrul. Setiap hari Siti Rohana wajib memasak walaupun dalam keadaan penat, letih, lesu, stress dan menyampah.

Suatu malam, sedang Badrul berselera mengadap makan malam, ringan mulut Siti Rohana ingin bertanya sesuatu kepada suami tercinta.

“Abaang”, Siti Rohana memulakan perbualan.
“Ya, ada apa tu Hana”, balas Badrul dengan penuh lemah lembut.
“Hana nak tanya sikit, boleh tak?” tambah Siti Rohana lagi
“Apa dia.. Tanya la..” jawab Badrul tenang sambil mulut mengunyah nasi dan ikan gelama masin jeruk kegemarannya yang ditabur bawang dan cili goreng yang dihidangkan oleh isterinya. Faham benar Siti Rohana tentang lauk kegemaran suaminya itu.

“Tengahari, Abang memang tak makan di tempat kerja ka..?” soal Siti Rohana lembut. Di dalam hatinya, bimbang juga kalau-kalau soalannya itu membuat suaminya tersinggung.

“Hmmm… tak… kenapa?” jawab Badrul pendek dan ringkas.

“Tak da laaa.. Hana tengok Abang hari-hari minta Hana masak. Kalau boleh, Hana nak juga berehat sehari dua. Kalau Abang dah makan kat luar untuk makan malam, boleh la Hana rehat sikit… penaaatt laaa Baaangg.” Luah Siti Rohana dengan lembut cuba mengeluarkan isi hatinya.
“Dengan 3 orang Si Kenit yang tidak tahu duduk diam, rumah bersepah, kain baju berbakul-bakul nak kena basuh, jemur dan lipat… kadang-kadang Hana stress laa” tambah Siti Rohana cuba merayu simpati.

Satu persatu perkataan disusun rapi agar suaminya tidak terasa hati. Siti Rohana teringat juga yang Ustaz pernah berkata, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya kalau beliau meluahkan perasaan dan isi hati kepada suaminya. Namun tugas-tugas lain dilakukan dengan sempurna. Harap-harap suaminya faham.

Badrul berhenti mengunyah, saki baki nasi di dalam mulutnya ditelan terus. Kali ini, matanya memandang tepat ke muka bujur sireh isterinya tersayang. Direnung dalam-dalam mata isterinya itu.

Sebelum meneruskan apa yang hendak diucapkan, Badrul mencapai gelas yang berisi air masak yang disediakan oleh isterinya dan meneguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat isterinya.

“Manis jugak senyuman suami aku ni…” bisik Siti Rohana di dalam hatinya. Kebetulan wajah suaminya itu iras-iras Rano Karno, artis Indonesia kegemarannya. Masih terngiang-ngiang ditelinganya lagu nyanyian Rano Karno, 'Kau Yang Sangat Ku Sayang' yang sering dinyanyikan oleh suaminya saat mereka bercinta dahulu. 

“Hana”, Badrul memulakan bicara.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan Hana. Abang tak tahu yang Hana penat. Kalau Abang tahu Hana penat, Abang tak akan minta Hana masak untuk Abang…” sambung Badrul dengan nada bersalah.

Badrul berhenti seketika sambil menarik nafas lalu menyambung…

“Ada beberapa perkara yang Abang rasa Hana perlu tahu kenapa Abang tidak makan tengahari di tempat kerja”, sambung Badrul.

“Beberapa perkara?” terdetik di hati Siti Rohana. Dengan penuh debaran, Siti Rohana sabar menanti rahsia perkara tersebut. 

“Pertama… Abang terlalu merindui masakan Hana” Badrul mula meluahkan isi hatinya.
“Setiap hari, selepas waktu kerja,, Abang tidak sabar untuk sampai ke rumah untuk menjamah masakan Hana, masakan dari hasil air tangan Hana sendiri, isteri Abang yang sangat- sangat Abang sayang” tambah Badrul.

“Masakan Hana sedap. Tidak ada di kedai…tidak ada di Ali Maju, Hidayah Maju, Shah Maju, ntah apa-apa Maju lagi… kedai-kedai semua tu tidak mampu menyaingi masakan Hana” Badrul menjelaskan satu persatu.

“ALLAHU AKHBAR”.. tersentap perasaan Siti Rohana.
“Mulia sungguh hatimu wahai suamiku”, terdetik di hati Siti Rohana.
Rasa bersalah mula menyelubungi perasaan Siti Rohana kerana menyuarakan isi hatinya sebentar tadi. Penatnya tak la seberapa sangat pun... Belum sempat Siti Rohana bersuara untuk memohon maaf…

“Kedua.. kalau Abang makan tengahari di tempat kerja, kenyang itu akan sampai ke malam” Badrul terus mengeluarkan isi hatinya.
“Jadi, bila pulang ke rumah, Abang mungkin tidak akan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan Hana, Abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri Abang yang tercinta inii..” sambung Badrul lagi.

Saat ini, Siti Rohana dah hampir tertewas. Tewas dengan genangan air mata yang berlumba-lumba ingin keluar dari kelopak matanya. Namun dia cuba menahan agar air matanya tidak terus mengalir keluar.

“Ketiga, sekarang Abang sedang cuba berjimat untuk mengumpul duit. Duit makan tengahari itu Abang simpan. Abang simpan untuk kita berdua sama-sama pergi menunaikan ibadah haji dalam masa yang terdekat.” Tambah Badrul bersungguh-sungguh.

Ketika ini, Hana tidak dapat berpura lagi lalu terus menerpa ke arah suaminya. Tangan suaminya yang basah dengan kuah dicapai lantas dicium berkali-kali dan cuba memohon maaf.

“Berdosanya aku” bentak hati Siti Rohana dengan rasa kesal.

“Tak pa.. tak pa… Hana tak buat salah pun dengan Abang”, Badrul cuba meredakan keadaan. “Abang yang bersalah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada Hana. Besok, InsyaALLAH, Abang akan masak sendiri ok…” tambah Badrul lagi.

Jawapan Badrul itu membuatkan air jernih di kelopak mata Siti Rohana tidak dapat dibendung lagi lalu mencurah laju membasihi pipi isterinya yang putih kekuningan itu. Tersenguk-seguk bahu Siti Rohana, menangis dan terus menangis.

“Dah.. dah jangan menangis” lembut dan perlahan suara Badrul cuba memujuk isterinya.

Dalam teresak-esak menangis, Siti Rohana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja dan tidak sanggup untuk mengiyakan permintaan suaminya yang tercinta.

“Dia yang seharian penat bekerja menyara keluarga, berlapar dan ‘berpuasa’, tidak sepatutnya aku melayan sedemikian rupa.. Oh ALLAH.. Ampunilah aku dan rahmatilah suami aku” hati Siti Rohana terus meraung dan meronta dalam cucuran airmata yang membasihi seluruh pipinya.

"Abaaangg" hanya itu yang termampu diucap oleh Siti Rohana, dan air matanya semakin laju bercucuran mengalir keluar dan terus menangis di dalam dakapan suami tercinta.

Rekaan Abang Chaq semata-mata. Nama dan watak tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Selasa, 16 Jun 2015

Pulihkan Tenaga Dengan Jus Kurma Pegaga

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Assalamualaikum…

Jaga ibadat, jaga kesihatan..

Hilangkan letih dan lesu..

Pulihkan tenaga…

Berbuka puasa dan bersahur dengan minuman kesihatan….

Amat sesuai juga untuk pengidap diabetes....

JUS KURMA PEGAGA
Makanan Sunnah Citarasa Baru…
Hubungi Abang Chaq 01132786161

Sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak 1436 Hijrah ini, Abang Chaq ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah Abang Chaq melakukan kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran kata mahu pun perbuatan dan tingkah laku yang menyinggung perasan tuan-tuan dan puan-puan semua.

Selamat berpuasa dan selamat beribadat. Rebutlah peluang yang telah ALLAH saji di sepanjang bulan ibadat ini. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji. Semoga ibadah puasa kali ini adalah yang terbaik yang pernah dilakukan sepanjang hayat...

Menceritakan tentang Jus Kurma Pegaga ...

Jus keluaran Muslim ini telah dipasarkan sejak beberapa tahun lalu, amat berkhasiat, sedap, segar dan boleh menghilangkan dahaga serta memulihkan tenaga. Ia merupakan minuman berkarbonat yang sesuai diminum oleh semua lapisan umur.

Untuk makluman pembaca semua, beberapa orang pelanggang tetap Abang Chaq merupakan pengidap kencing manis (diabetes). Maklum balas daripada mereka amat-amat memberangsangkan sekali. 
Alhamdulillah...Setelah mencuba jus ini buat pertama kalinya, mereka kembali mendapatkannya kerana minuman ini dapat menurunkan kadar bacaan gula dalam darah mereka dengan izin ALLAH...

Ada juga pelanggan Abang Chaq yang berulang kali mendapatkan jus ini kerana dikatakan dapat memulihkan tenaga setelah penat seharian bekerja. Tindak balas yang positif ini dialami oleh pemandu teksi. Alhamdulillah...

Antara ramuan yang terdapat di dalam Jus Kurma Pegaga ini ialah :

1. Kurma
    
Semua telah maklum bahawa buah ciptaan ALLAH ini adalah sejenis buah-buah yang paling pantas diproses dan diserap di dalam badan sekaligus memberi TENAGA segera di dalam tubuh badan.   

2. Pegaga

Diciptakan oleh ALLAH WST yang berfungsi sebagai agen untuk menguatkan sel-sel otak, amat baik untuk minda serta menguatkan IMUNISASI bagi mencegah penyakit. Paling baik untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan sedang belajar kerana fungsinya yang menguatkan sel-sel otak memudahkan kanak-kanak mengingat apa yang mereka pelajari.

3. Habbatus Sauda

Makanan sunnah ini amat sesuai untuk mengubati penyakit diabetes dan sangat EFEKTIF untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

4. Buah Tin

Buah ini kaya dengan ZAT Omega 3 & 6. Insya ALLAH.. boleh menghentikan penyakit buasir dan bermanfaat untuk sakit-sakit badan.

5. Madu

Kelebihan madu adalah dapat menjaga jantung dan mengekalkan suhu dada agar tidak sejuk serta memberi PERLINDUNGAN dari pelbagai jenis penyakit.

6. Herba Terpilih

Herba yang dipilih khas berfungsi untuk membuang angin di dalam badan serta menyegarkan tubuh badan.

Kepada semua pembaca Abang Chaq mengucapkan.. "Selamat Mencuba..."

Yang baik datangnya dari ALLAH SWT...
Yang salah dan silap itu adalah kelemahan dan kedaifan Abang Chaq...


Ahad, 14 Jun 2015

Batalkah Puasa Ku

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramadhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 
Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "
والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه
Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" (Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih)

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untuk menjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.
 
13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Dipetik dari Zaharudin.net

Terima kasih Ustaz Zahiruddin Bin Abdul Rahman...

Isnin, 18 Mei 2015

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memilih Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi model untuk diikuti oleh seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

5. Jangan makan buah bersama susu.
Dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

7. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging.
8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

11. Rasulullah melarang manusia untuk
meninggalkan makan malam.
Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut.
Misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap ke dalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.


15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.


17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.


19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secubit sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secubit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.


24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).

“Dan janganlah ia
mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).


25. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

26. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan
menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan di atas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).


27. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

28. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).

29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.

30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

31. Apabila berpuasa,
makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu.

Wallahu'alam.
·       Posted by MR on January 21, 2011 at 2:23pm in Resepi, Petua Dan Kesihatan