“Mana
Mak?”
Jam
6.30 petang…Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah Tanya Mak, “Along mana?”
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi, “Angah mana?’
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah Tanya Mak,”Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok TV dengan Alang di dalam.”
Ayah Tanya Mak lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, ”Belum, patutnya dah balik. Basikal Adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan Ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari Ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian…..
Gambar Hiasan
Jam
6.30 petang…..
Ayah
balik ke rumah. Baju Ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah
tanya Along, “Mana Mak?”
Along
sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah
tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah
menonton TV. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah
tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah
menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah
tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh
terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah
tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang
tidak menjawab. Alang hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Ayah
tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan
mendapat jawapan yang Ayah mahu.
Tidak
ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata
dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata hati Ayah yang mencari-cari
di mana Mak.
Tidak
ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali Ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba
Adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak
balik!!”
Tersentap
hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu
anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
bertanya, “Mana mak?’ apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka
akan bertanya, “Mana Mak?” apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di
padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di
mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang
anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya, “Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak membesar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi
payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjijit
dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan membawa sesuatu untuk
anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai
di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak
buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan
kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh
kecil. Mak senyum.
Kedua-dua bibir diketap rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Kedua-dua bibir diketap rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima
buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak
tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta
warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju
Mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung Mak. Mak bagi salam. Salam Mak tak
berjawab. Terketar-ketar lutut mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk
ke rumah.
Lutut mak masih sakit lagi.
Mak
meletakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuah koci
pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan
kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk dibawa balik. Namun raut wajah Mak
sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa
menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak
Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurang
itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh
koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah
suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah
bukan pada Mak lagi.
Mak
hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah
tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anaknya melompat-lompat gembira
dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah
temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama.. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah
yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah
tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di
kampong seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili
api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah
Tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “saya dah
suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak angkat.”
Mak
minta Mak Uda telefon anak-anak bagi tahu yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab
hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar
salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau
Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang
datang menjemput Mak.
Mak
tahu anak-anak Mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri
apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan
sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka
sekarang. Nanti kalau kita mati masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat
kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan
Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya
buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada
suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh
koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa
tahun kemudian…..
Mak
Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”
Hanya
Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini
Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam
isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan
Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak
semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak
pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu Mak sakit tenat.
Mak
faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati
anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan
kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.
Mak
tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu Ayah yang
sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah
sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah.
“Mana
Along?”, Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana
Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan Ayah itu dan jawapan Mak
memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab Mak ambil
tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak
Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang
mengisinya.
Ayah
sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana Mak?”
Kereta
merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati Ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta
merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu. “Cantiknya
kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala
Lumpur. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah..ayah..
bangun,” Suara Ateh memanggil Ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta
Ateh.
Terketar-ketar
Ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah
tidak mampu berhenti menanyakan soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun
soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia...........
Sebuah
cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan Ibu. Kata orang, "hidup seorang ibu semasa muda dilambung resah, bila tua dilambung rasa".
Kata Rasulullah SAW, “Ibu adalah 3 kali lebih utama dari Ayah”.
Bayangkanlah berapa
kali Ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.
Solat
sunat pun ALLAH suruh berhenti apabila Ibu memanggil.
Berapa kerapkah kita
membiarkan deringan telefon panggilan dari Ibu tanpa berjawab??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan