SALAM SEJAHTERA

Rabu, 8 Oktober 2014

Program Ibadah Korban Ibu Pejabat FELCRA Bhd.

Seperti biasa, tibanya 10 Zulhijjah setiap tahun umat Islam seluruh dunia akan terus memperingati peristiwa ALLAH menguji keimanan hambaNYA Nabi Ibrahim AS serta ketaatan Nabi Ismail AS terhadap ALLAH serta bapanya. Di atas ketaatan dan keikhlasan Nabi Ibrahim menuruti perintah YANG MAHA PENCIPTA agar beliau mengorbankan anaknya Nabi Ismail maka ALLAH YANG MAHA BERKUASA telah menukarkan Nabi Ismail itu dengan seekor kambing. Peristiwa pengorbanan ini akan terus dihayati dan tauladani oleh seluruh umat Islam sehingga hari kiamat.

Selasa 7 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat FELCRA Bhd, Kuala Lumpur, telah berlangsung program Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat FELCRA Bhd. Dengan restu daripada pihak pengurusan FELCRA Bhd. maka Biro Agama telah diberi tanggungjawab untuk merealisasikan program ini yang telah dirancang sejak awal tahun lagi. Program ini turut mendapat kerjasama dari NGO FELCRA seperti  Kelab Sukan Ibu Pejabat FELCRA (KESURA), Kelab Kembara Amal FELCRA serta anak-anak syarikat seperti FELCRA Bio Tech, FELCRA Bekalan & Perkhidmatan dan lain-lain lagi.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi berlangsung seperti yang dirancangkan dengan para pertugas yang hampir keseluruhannya adalah staf FELCRA Ibu Pejabat. Petugas disediakan sarapan pagi diikuti dengan ucapacara menumbangkan lembu yang diberi tunjuk ajar oleh pekerja mahir dari Selayang Baru.

Cuaca yang cukup baik pagi itu seolah-olah meraikan program tersebut serta kehadiran Dato' Ramlee Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA (CEO) dan Pegawai-Pegawai Kanan FELCRA Berhad yang turut menyaksikan ucapacara sembelihan telah menambahkan lagi keceriaan serta memberi semangat kepada petugas untuk melaksanakan tugas mereka.

Sebanyak empat ekor lembu disembelih di dalam program kali ini. Dua ekor adalah lembu korban yang peserta-peserta korban adalah dikalangan staf FELCRA sendiri dan dua ekor lagi adalah sumbangan FELCRA Bio Tech. 

Sebagai salah seorang AJK Biro Agama, Abang Chaq telah diberi tugas urusan pembelian lembu serta melaksanakan kerja penyembelihan korban. Dengan bantuan ALLAH SWT... Alhamdulillah... Abang Chaq dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sembelihan juga dilaksanakan oleh Tuan Hj. Eisa Bin Mohamed, Pengerusi Biro Agama, Tuan Hj. Zainuddin Bin Mohamad dan Encik Azman Bin Ahmad. 

Semua tugas, dari sembelih, melapah, memotong daging telah dilaksanakan dengan cukup sempurna oleh petugas yang semuanya adalah staf FELCRA. Sekalung tahniah untuk semua. Semoga ALLAH membalas dengan pahala yang melimpah.

Hasil daripada daging korban tersebut telah diagihkan kepada rumah anak yatim, fakir miskin serta diagihkan juga untuk staf-staf. Sebahagian daging juga telah dimasak untuk dinikmati bersama sebagai tanda terima kasih daripada FELCRA kepada petugas dan staf yang telah bertungkus lumus menjayakan program korban kali ini yang juga merupakan program buat julung kalinya diadakan di Ibu Pejabat FELCRA Berhad.

Bagi pihak Biro Agama, Abang Chaq ingin merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pihak pengurusan terutamanya Dato' CEO yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Biro Agama melaksanakan program-program yang dirancang. Terima kasih juga untuk Pegawai-Pegawai Kanan, Peserta-Peserta yang menyertai korban kali ini, NGO FELCRA, Anak-Anak Syarikat dan lain-lain. 

Dan yang paling utama...terima kasih yang tidak terhingga kepada "Seluruh Warga Ibu Pejabat FELCRA"... tanpa tuan-tuan dan puan-puan semua Biro Agama tidak dapat menjalankan aktiviti dengan sempurna.. sekalung TAHNIAH untuk semua......moga mendapat ganjaran setimpal dari ALLAH SWT..

Banner dipasang sejak dua minggu lepas

Lembu pertama yang akan disembelih..

Tunjuk ajar diberikan oleh tenaga mahir dari Selayang Baru

Lembu pertama disembelih... Alhamdulillah... Abang Chaq melaksanakan tugas yang diamanahkan

Lembu pertama....

Abang Chaq tengok apa tu... Alhamdulillah... Yakin..urat wajib dan urat sunat.. putus...

Kelihatan Dato' CEO (baju biru muda) turut hadir meraikan... Dato' juga merupakan salah seorang peserta korban..

Dengan sedikit ilmu yang ditinggalkan oleh ayah Abang Chaq... mula melapah

En. Hafiz (t shirt hitam kolar oren) dan En. Fauzi (t shirt hitam) turut serta..

En. Syafiq (berkaca mata) pun mahir jugak nampaknya melapah..

Seorang lagi Pegawai Kanan... Tn. Hj. Jahare (baju korporat) turut hadir.. beliau juga peserta korban...



Part ni... kena pakai kapak..


Memisahkan kepada dari badan... sesuai dengan kapak.. pisau lapah letak tepi dulu.. 

Mengeluarkan perut dan organ dalaman


"Pegang elok-elok Ji... tajam kapak tu.." En. Fauzi turut membantu..

"Ok Ji... sikit lagi"...



Perut, hati lembu, limpa, jantung...

Ha... yang ni kena guna kudrat sikit... mengapak tulang rusuk..

Hj. Noor Zahari mahir memisahkan sendi, kaki, lutut...

En. Rozlan cuba memotong daging batang pinang... Abang Chaq cuba pisahkan tapak kaki...

Berapa kilo daging batang pinang tu Lan...


Sebahagian daripada petugas


Lembu kedua ditumbangkan...

Lembu kedua sedia untuk disembelih..

Tn. Hj. Eisa (Pengerusi Biro Agama, tshirt putih) sedia untuk melaksanakan tugas... menyembelih lembu kedua

Pemuda Biro Agama En. Zulkifli (tshirt hitam lengan merah) bekerja keras sepanjang program ini berlangsung... Tahniah Zul...






Abang Chaq menyerahkan senarai nama peserta korban kepada Hj. Zainudin sambil diperhatikan oleh Hj. Eisa. 

Menumbangkan lembu ke tiga...





Lembu ke tiga ready untuk disembelih...

En. Shahriman sedang menceritakan sesuatu kepada Abang Chaq dan Zul...













Seorang lagi Pemuda.. En. Hafiz (tshirt ungu) menolak daging ke tempat memotong..

Elok-Elok...peha dihantar untuk dipotong..

Sebahagian daripada Muslimat turut bertungkus lumus untuk menjayakan program kali ini..

Hati-hati Hjh. Zamilah (lengan baju corak hitam, merah ungu)... Hjh. Wan Norasiah (tudung krim belang hitam) turut serta... tu Hjh. Haliza (baju lengan kelabu) tu tengok mana tu... terpotong jari sat gi...



Hjh. Soleha Bahari (tudung oren), Che Rosliza (tudung merah), Puan Mahanom (tudung hijau) pun turut membantu...

Cermat sikit Pn. Ainon Hafizah (tshirt putih)

Terima kasih Muslimat...



En. Mashini (tshirt kuning), En. Samsudin Jumian (tshirt merah), En, Aris (tshirt biru) antara petugas yang memberi komitmen 100%


Pn. Jizah (tudung kelabu) Pn. Sarah (baju hijau), Puan Madinah (tshirt hitam) tidak mahu melepaskan peluang turut serta dalam program ini...

Pn. Tasha(tudung pink), Pn. Noraishah (tudung hitam biru) juga sama-sama membantu..




Cik Norafiza (tudung merah), Pn. Norlia Hashim (tudung hijau) amat gembira membantu memotong daging..


En. Ismadi (tshirt biru) Pegawai Kanan Bio Tech... Terima kasih kerana sumbangan lembu..

Kerja-kerja memotong daging berjalan lancar.. kelihatan Tn. Hj. Nor Zahari (kopiah putih), En. Hamidun (kemeja coklat) dan Tn. Hj. Saimin Basir (tshirt oren) bertungkus lumus..

En. Aris (tshirt biru) dan En. Rosni Saidin (tshirt oren) berganding bahu menggantung peha lembu..


En. Zakaria (Zack) dengan penuh perasaan memotong daging dari tulang lembu..

Kelihatan Hj. Zainudin (tshirt biru), Hjh. Salmah (tudung coklat) dan En. Isa (tshirt oren) bekerja keras untuk program ini..


En. Rosni (tshirt oren), En. Hafiz (tshirt ungu) dan En. Zulkifli (tshirt hitam) antara tunggak pemuda yang menjayakan program ini..

Hati-hati En. Zamri Zainon Abidin... memotong tulang dengan kapak memerlukan tenaga yang banyak..


Cik. Sa'idah (tudung kuning), Pn. Tasha (tudung pink) dan Pn. Norashiah (tudung biru hitam) sentiasa ceria walaupun dan berkilo-kilo memotong daging..

Untuk memudahkan memotong tulang... mesin pemotong digunakan.. Hati-hati En. Zikri...

Memotong tulang.. En. Zikri (tshirt hitam) dibantu oleh En. Mashini (Sani) (tshirt kuning)

Agaknya apa yang dibincangkan oleh Tn. Hj. Eisa (tshirt putih), En. Afzal Al Amin (tshirt biru) dan dua orang lagi tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan