1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ".
Penjelasan : Setiap hari kita bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,berikanlah buku catatan amal ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan buku catatan amalnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, JANGANLAH Kau berikan buku cacatan amal ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan buku catatan amalnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Mengapa lima pancaindera harus disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga, tangan dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Pembaca semua tentu pernah mendengar akupunktur? Cuba cari di mana letaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah
Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ (rukun dan sunat):
- Muka 84
- Tangan 95
- Kepala 64
- Telinga 125
- Kaki 125
Jumlah
keseluruhan = 493.
Ternyata
terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!!
Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari… Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & lengan …semetinyalah kita menyentuh dicelah-celah jari. Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang... in sya ALLAH dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan kebas-kebas.

Membasuh telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 125 titik
ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi
harus dengan urutan lembut agar semua titik ransangan di telinga dapat disentuh lembut.
Kajian
Saintis Neuro Telah Membuktikan Sesuatu:
Prof
Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiatris dan sekaligus neurology dari
Austria telah memeluk Islam setelah mengkaji tentang Wudhu. Beliau telah menemui
sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat
mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia
ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut
sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik
wudhu dengan membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar
wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia
secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada
akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Baron Omar
Rolf Ehrenfels.
Hikmah
Wudhu dari Penilitian Ulamak:
Ulama
Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk
memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dengan air
wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling
banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar
kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu anggota yang sering melakukan dosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Beberapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali
berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum.
Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan
apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap
hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang
paling berisiko untuk melakukan dosa. Fakta organ tubuh yang menjadi anggota
wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga
siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan
dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan
kakinya. Kalangan ulama melarang
mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam tafsiran hadis itu dikatakan
bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a
akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti
juga tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fizik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya,
yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu
dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh
atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk
menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan
berkontradiksi dengan wudhu.
Petikan
dari pelbagai sumber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan