SALAM SEJAHTERA

Jumaat, 15 Mei 2015

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat

Assalamualaikum,
Agak lama juga Abang Chaq tidak bertemu dengan pembaca yang budiman melalui blog Abang Chaq ini. Mungkin sibuk menguruskan urusan dunia yang tak sudah sudah ini barang kali.

Namun, di celah celah kesibukan itu, ingin Abang Chaq mencuri sedikit masa, berkongsi maklumat yang boleh dijadikan bacaan dan pengetahuan untuk kita semua.





1. Bawang Putih


Sejak zaman purba, bawang putih telah digunakan untuk merawat penyakit hati dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri  koronori menjadi keras, menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi pembentukan plag.

2. Anggur


Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin dan resveratrol. Flavonoid boleh mencegah pengoksidaan kolestrol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Ia juga boleh mengurangkan risiko pembentukan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3. Bayam


Bayam kaya dengan kalium dan folik asid. Kedua-dua bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada penuaan tetapi juga mencegah daripada serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolestrol buruk.


4. Ikan 




Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa minyak Omega 3, yang hadir di dalam ikan seperti tuna dan salmon, boleh menghentikan pengumpulan asid lemak dalam arteri. Asid lemak boleh mengelakkan pembekuan darah serta menghindarkan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5. Minyak zaitun 


Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada dinding arteri dan membentuk plak. Apabila molekul di dalam kolestrol bercampur dengan lemak tidak tepu yang terdapat pada minyak zaitun, membolehkan kolesterol tidak baik tersebut menjadi kurang teroksida. 

6. Tomato 


Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene iaitu sebatian yang terdapat di dalam tomato boleh membantu mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa arteri menjadi kukuh bagi individu yang mempunyai tahap lycopene  yang tinggi di dalam kadungan darah mereka. 

7. Delima 


Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. Jus buah delima  yang tinggi kandungan antioksidan, boleh membantu proses pengerasan arteri. 

8. Kiwi dan tembikai 


Makanan ini kaya dengan antioksidan yang berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses mendapan dalam arteri. Antioksidan ini boleh membantu menghentikan proses mendapan di dalam saluran darah dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan sepotong tembikai atau sebiji kiwi setiap hari untuk memelihara arteri anda. 

9. Jus Cranberry 


Jus ini bertindak sebagai penapis lemak daripada melekat di dalam arteri. Jus ini boleh meningkatkan keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menukarkankan kepada tenaga. Proses ini akan mengurangkan berkumpulnya lemak di dalam saluran darah. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk memelihara arteri anda. 

10. Oat 


Gentian larut yang terdapat dalam oat boleh memerangkap kolesterol di dalam darah. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem badan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan  1 setengah hingga 2 setengah cawan oat setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan