SALAM SEJAHTERA

Khamis, 6 November 2014

RAHSIA AIR SEMBAHYANG



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ".
Penjelasan :  Setiap hari kita bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,berikanlah buku catatan amal ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan buku catatan amalnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, JANGANLAH Kau berikan buku cacatan amal ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan buku catatan amalnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.



Syarat mendirikan solat ialah berwudhuk .Tidak sah mengerjakan solat dengan meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah SWT memerintahkan kita dengan melakukan perbuatan yang nampaknya remeh ini. Kenapa membasuh tangan dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Mengapa lima pancaindera harus disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga, tangan dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. 

Pembaca semua tentu pernah mendengar akupunktur? Cuba cari di mana letaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ (rukun dan sunat):
  • Muka 84
  • Tangan 95
  • Kepala 64
  • Telinga 125
  • Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!!

Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari… Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & lengan …semetinyalah kita menyentuh dicelah-celah jari. Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang... in sya ALLAH dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan kebas-kebas.

Membasuh telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 125 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut agar semua titik ransangan di telinga dapat disentuh lembut.

Kajian Saintis Neuro Telah Membuktikan Sesuatu:
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiatris dan sekaligus neurology dari Austria telah memeluk Islam setelah mengkaji tentang Wudhu. Beliau telah menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu dengan membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.


Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Hikmah Wudhu dari Penilitian Ulamak:
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dengan air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. 

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu anggota yang sering melakukan dosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.


Beberapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Fakta organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.



Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam tafsiran hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).



Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti juga tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.


Petikan dari pelbagai sumber.

Khamis, 30 Oktober 2014

ADIKKU : MULIA SUNGGUH HATIMU


Gambar Hiasan

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu Hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. 


Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. 

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. 

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. 

"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, 
"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. 

Gambar Hiasan

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. 
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" 

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. 
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, 
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" 
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 

Gambar Hiasan

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. 
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, 
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" 
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. 
"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" 
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu..... 
"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. 


Gambar Hiasan

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. 
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." 

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada . Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . 
"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." 
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. 

Gambar Hiasan

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: 
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" 
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" 
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" 
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, 
"Akak tak peduli apa orang lain kata." 

Gambar Hiasan

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, 
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." 
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 

Gambar Hiasan

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. 
"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." 
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." 
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.. Kami berdakapan. 
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." 
Apalagi...aku menangis seperti selalu. 

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. 
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." 
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. 
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. 
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. 


Gambar Hiasan

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, 
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?" 
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. 
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar " 
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. 
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.." 

Jumaat, 24 Oktober 2014

TALI GANTUNG


Gambar Hiasan

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di dada-dada akhbar, kaca televesyen atau di corong-corong radio. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan... amin...

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimpot diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembu supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Gambar Hiasan

Setiap satu berharga di antara RM4,000.00 hingga RM5,000.00. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantung patung seberat lebih 90 kg. selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang akan berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.




Apabila Rayuan Ditolak

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhkan hukuman gantung dikenali sebagai 'banduan akhir' dan akan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari bersendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir ini mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman. Di dalam waran itu akan  disebut nama banduan, nombor kad pengenalan serta masa hukuman akan dilaksanakan iaitu antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Tempoh untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dilaksanakan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan beragama Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.


Gambar Hiasan

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan Pengarah Penjara yang akan memaklumkan tentang perlaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. 
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik Pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir'.
Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.




Hari Penggantungan

Kebanyakan banduan akhir yang akan menjalani hukuman gantung dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tidak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat akhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, "Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu", katanya.

 Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dilaksanakan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
"Jangan ikut tabiat buruk ayah". Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembanhyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300.00. Mati penuh bergaya, kata banduan itu berjenaka", cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dilaksanakan selepas semua pihak termasuk Pengarah dan Doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

Bila Pintu Perangkap Renggang

Pintu perangkap di bilik gantung tempat banduan akhir itu berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan Pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' untuk membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengar lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiarkan tergantung.

"Saya sering mengingatkan Pembantu-Pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tidak ada masalah", jelas Samuel.

"Kebiasaanya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh Bos-Bos saya dulu", katanya lagi.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak anak-anak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tidak dikawal, akan musnahlah kehidupan keluarga tersebut. Dadah, umpamanya, kalau seorang di dalam keluarganya menjadi penagih, satu keluarga akan terjejas", katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Sumber oopsshmedia.blogspot.com




Gambar Hiasan
Penjara Pudu - arus pembangunan yang begitu laju di Kota Raya Kuala Lumpur memaksa penjara ini tinggal di dalam lipatan sejarah negara.

Isnin, 20 Oktober 2014

PANASNYA API

Gambar Hiasan

Ketika Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi, Baginda tidak lagi memperolehi makanan secara mudah seperti di syurga. Baginda harus bekerja keras untuk memperolehi buah-buahan atau daging untuk dimakan. Ketika Baginda memperolehi binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata Baginda tidak dapat memakan makanan itu kerana masih mentah dan tidak sedap. 

Kerana itulah, Baginda berdoa kepada ALLAH SWT agar diturunkan api untuk memasak. Maka ALLAH SWT  mengutuskan malaikat Jibril meminta sedikit api kepada malaikat Malek di neraka untuk keperluan Nabi Adam di dunia.

Malaikat Malek berkata, "wahai  Jibril, berapa banyak engkau inginkan api?"
Malaikat Jibril menjawab, "Aku inginkan api neraka itu seukuran buah kurma"...
Malaikat Malek pun membalas, "sekiranya aku memberi api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh lapisan langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana kepanasannya"...
Malaikat Jibril pun menjawab, " kalau begitu, berikan saja kepada aku separuh buah kurma sahaja"...
Malaikat Malek berkata lagi, " jika aku berikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitik pun dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tumbuhan yang hidup"...

Malaikat Jibril jadi kebingungan, sebanyak mana api neraka yang aman untuk kehidupan di atas bumi ini?

Kerana itu beliau pun berdoa kepada ALLAH SWT..."Ya ALLAH, sebanyak mana api neraka yang harus aku ambil untuk keperluan Adam di bumi?"...
ALLAH SWT berfirman, " Ambillah api dari neraka sebesar zarah"..

Maka malaikat Jibril meminta api neraka kepada malaikat Malek sebesar zarah dan dibawa ke bumi. Setibanya di bumi, Jibril merasakan api neraka yang sebesar zarah itu pun masih terlalu panas, maka beliau mencelupkan (membasuh) sebanyak tujuh puluh kali ke dalam tujuh puluh sungai yang berbeza. 

Baru setelah itu, beliau membawakan kepada Nabi Adam dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi. Sebaik sahaja diletakkan api itu, gunung tersebut bergegar. Tanah, batu, besi dan semua yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas dan mengeluarkan asap. Bahkan api yang sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi. 

Lelehan Magma

Melihatkan hal yang sedemikian rupa menyebabkan malaikat Jibril menjadi khuatir. Beliau terus mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka. Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang ini menjadi sumber api di dunia ini termasuk magma di semua gunung berapi di atas bumi ini.

Tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut. Kalau bara api di dunia ini yang biasanya berwarna merah, maka api neraka itu berwarna hitam kelam seperti hitamnya gelap malam.

Gambar Hiasan

Baginda Nabi Muhammad SAW pernah menanyakan keadaan api neraka itu, maka malaikat Jibril berkata, "sesungguhnya ALLAH  SWT menciptakan api neraka, lalu menyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga (baranya) berwarna merah, kemudian (ALLAH) menyalakannya  lagi (menambah panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih dan (DIA) menyalakannya lagi (menambahkan panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam. Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang nyalaan apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya".

Sumber : Dari kisah Al Habib Ubaidillah Bin Idrus Al Habsyi Surabaya (Alumnus Ribath Darul Mustapha Yaman)

Pesanan dari Abang Chaq : 
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari apa yang disampaikan dari rencana di atas.


Jumaat, 17 Oktober 2014

TERINGAT AYAH...

Masih segar dalam ingatan... tanggal 27/02/1990 hari Rabu... entah kenapa hati aku meronta-ronta nak balik kampung.... pikiaq punya pikiaq...aku pun isi borang cuti...
"Bos.. saya nak amek cuti sebab bla..bla.. bla.."
Waktu lunch, dengan Yamaha RXS... aku terpa ke Pudu Raya...
"Bas ke Butterworth ada lagi ka..." tanya aku kat Awek kerani kaunter bas Ekspress Nasional ketika itu.
"Tiket bila, bas pukul berapa?" tanya Awek tu balik..
"Malam ni"... jawab aku ringkas.
"Ok... tinggal bas pukul 12.00 malam ja"... balas Awek tu. Aku pun setuju.

Malam tu lepas solat isyak... aku capai beg yang telah diisi dua tiga helai baju, dengan RXS aku menunggang ke Pudu Raya.... ingatan aku tak habis-habis teringat kat Ayah di kampung. Ntah kenapa, aku pun tak tahu.... 
Teringat Ayah mandikan aku masa aku demam ketika aku kanak-kanak dulu...
Teringat Ayah selok 'paket' baju teluk belanga bagi duit kat aku masa aku minta duit tambang nak pergi training sepak takraw kat sekolah..
Teringat masa Ayah marah kat aku sebab balik rumah lewat... bagi Ayah kalau balik lepas orang bang maghrib tu kira lewat la..
Teringat... aku selalu tanya Ayah... "Ayah... ari ni pi mengajaq mana?"
Ayah pun jawab..." Chong Meng, Sg. Batu, Sg. Taka"...
Aku sengeh ja sebab malam ni Ayah tak balik... tidoq di Sg. Batu... ada peluang aku pi main bola... balik lambat...
Sedaq-sedaq aku dah sampai Pudu Raya.

Tepat jam 12.05 malam... bas Ekspress Nasional yang aku naik tu pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan Ibu Kota. Kat tempat duduk dalam bas... ingatan aku masih kat Ayah... tak tau kenapa...

Bas sampai Butterworth lebih kurang pukul 5.00 pagi... cari surau dulu... 
Itulah yang selalu Ayah aku pesan...
"Husni... hang nak p bejalan ka... nak main bola ka... nak buat apa pun, semayang jangan tinggai"... pesan ni yang aku pegang sampai hari ini.

Aku sampai rumah lebih kurang pukul 9.50 pagi... terus aku ke katil Ayah. Sejak Ayah sakit... di katil itulah Ayah berehat... selalunya aku huloq tangan dulu nak bersalam... tapi pagi ni... AYAH... dia yang sua tangan dulu..
"Bila hang sampai", tanya Ayah.
"Baru sampai", jawab aku ringkas.
"Ayah makan apa pagi ni", aku mula berbual dengan Ayah... kami sembang sedikit sebanyak....

28/2/1990, Khamis... lepas waktu asar, dari dalam bilik, aku terdengar.
"Husniiii... cepaattt... mai tengok Ayah" jerit Mak yang duduk tepi katil Ayah...
Aku yang terlena sebelum itu... terus terpa ke katil Ayah... aku tengok dada Ayah naik turun.. kembang kempis... nafas Ayah tersekat-sekat...
"Ya ALLAH... Ayah, kenapa ni", aku bersuara.
Aku pegang dahi Ayah... ada titisan peluh.
Pak Teh Ani... Pak menakan sebelah rumah pun dah sampai..
"Mengucap Abang Chaq...mengucap..", Pak Teh Ani yang juga merupakan adik ipar Ayah aku membisik ke telinga Ayah. Panggilan Abang Chaq merupakan panggilan adik-adik Ayah aku kepadanya kerana Ayah aku merupakan abang yang sulung di dalam keluarga mereka.
Pak Cik Md. Noq dan isterinya Mak Cik Suraya, kedua-dua yang merupakan Bapak dan Mak menakan aku, dalam keadaan terkejut, tergopoh gapah masuk ke rumah.
"Pasai apa Kak", tanya Mak Cik Suraya kepada Mak aku, yang terus menangis dari tadi.
Aku terus gelisah... aku bangun rerus ke bilik air... niat aku nak ambil wuduk... nak baca Surah Yasin untuk Ayah. Belum sempat aku habis mengambil wuduk... Dengar suara adik aku Farehah..
"Ayaaaahhh"... aku terus meluru keluar dari bilik air.

Jam 5.20 petang, Khamis 28/02/1990... Ayah aku pulang mengadap Robbul Jalil...
Tanpa melengah aku terus menghubungi abang-abang dan kakak-kakak... Abang Fuad dan Abang Zul kat Parit Buntar, Abang Mad kat Matang, Kak Sakinah kat Alor Setar, Kak Naemah kat KL dan Kak Jalilah kat Nibung Tebal.... Semalaman aku tak dapat lena... Kak Lah tak henti-henti memujuk aku yang dari petang tadi asyik menangis...

Pagi itu, Jumaat 1/3/1990... orang mula memenuhi laman rumah... datang untuk menziarahi guru mereka buat kali terakhir....

11.30 pagi... selesai pengkebumian... semua mula melangkah balik... aku masih menangis di pusara ayah...Tiba-tiba aku terasa tangan aku disentuh orang...
"Sabaq Husni...sabaq banyak-banyak... dah la tu... jom balik... balik sedekah fatehah banyak-banyak kat Ayah", kata Pak Ndak Jid yang juga merupakan bilal masjid kampung, sambil menarik tangan aku...
Aku masih menangis sambil menyebut "AYAH"... tak sampai hati aku nak tinggalkan pusara ayah...
Terima kasih Ayah... Tak terbalas jasamu Ayah... Hj. Ghazali Bin Hj. Mohamad...
Alfatehah untuk Ayah.... juga untuk Mak Aisyah serta saudara-saudaraku yang terlebih dahulu meninggalkan kami.. Alfatehah.....

 Hj. Ghazali Bin Haji Mohamad

 Ayah sedang menyampaikan khutbah di Masjid Kg. Bukit Apeng pada satu Hari Raya sekitar 1980an

Saat Ayah melangkah keluar dari rumah untuk menunaikan ibadah haji..1981

Selasa, 14 Oktober 2014

HIMPUNAN KELUARGA HJ. MOHAMAD & HAJAH SALMAH

Keluarga merupakan institusi penting kerana ia bertanggungjawab melahir, mendidik, mengasuh dan membesarkan masyarakat yang pada satu masa nanti akan mewarisi peninggalan ibu bapa mereka. Keutuhan atau kerapuhan institusi keluarga mempunyai kesan langsung yang akan menentukan hala tuju dan kekuatan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, Islam memberi perhatian yang cukup serius di dalam pembinaan dan pembentukan sesebuah keluarga. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah 1435 bertempat di halaman rumah Pak Su Mail (Cikgu Saad) Kg. Bukit Apeng, Lubuk Buntar, Serdang, Kedah, telah berlangsung satu program yang diberi nama "Himpunan Keluarga" mengumpul anak, cucu dan cicit Hj. Mohamad Bin Hj. Salleh dan pasangan kesayangannya Hajjah Salmah Bt. Hj. Ngah (sinonim dengan panggilan oleh cucunya... Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah).

Program yang dicetuskan oleh idea Ustaz Khairi Bin Hj. Saleh (suami kepada Mazidah salah seorang daripada puluhan cucu Tok Salmah) telah dirancang sejak 5 bulan yang lalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari cucu -cucu dan cicit Tok Salmah.

Lokasi tersebut sengaja dipilih, kerana halaman rumah peninggalan Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah itu (yang kini diduduki oleh Pak Su Mail anak bongsu Tok Salmah) merupakan halaman yang meninggalkan seribu kenangan manis dan nostalgia indah yang sukar dipadam dari ingatan di zaman kami (cucu), masih kanak-kanak dahulu. 

Perancangan disusun rapi dengan beberapa siri mesyuarat persediaan program telah diadakan di rumah Pak Su Mail yang dihadiri oleh Mak Cik Suraya (anak Tok Salmah) sepupu-sepupu Abang Chaq yang menetap di sekitar Bukit Apeng, Kulim, Sg. Petani, Parit Buntar dan lain-lain. Bagi kami yang tinggal jauh (KL, Putra Jaya, Teluk Intan dan lain-lain lokasi) sentiasa dimaklum perkembangan terkini persediaan program tersebut dari masa ke semasa melalui WhatsApp Group "Keluarga Bukit Apeng". T Shirt bertemakan "Keluargaku" ditempah khas untuk dipakai pada hari tersebut.

(Untuk makluman pembaca semua Abang Chaq adalah cucu kepada Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah)

Sebanyak 4 biji khemah telah didirikan untuk menampung 'adik beradik' dan penduduk kampung yang hadir di dalam program tersebut. Program yang bermula seawal 7.30 pagi telah berjaya mengumpulkan antara 250 orang hingga 300 orang termasuk penduduk kampung dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Tarikh tersebut sengaja dipilih kerana umat Islam ketika itu sedang menyambut Hari Raya Korban (Raya Kedua). Maka, program Himpunan Keluarga ini disambut bersekali dengan ibadah korban yang peserta-pesertanya terdiri daripada anak, cucu dan cicit Tok Salmah. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan di dalam program tersebut. Dianggarkan sebanyak 140 bungkus daging korban telah diagihkan kepada asnaf yang layak sekitar Kg. Bukit Apeng dan kampung-kampung berdekatan. Sedikit daging korban tersebut dijadikan hidangan (sup, masak kurma, daging cicak ayaq asam... peeeerrgggh.. meleleh ayaq lioq)) yang dimasak oleh salah seorang cucu Tok Salmah iaitu Cikgu Kamarul Zahari (sinonim dengan nama Abang E) dijamu untuk sanak saudara yang hadir serta penduduk kampung yang turut dijemput bagi memeriahkan lagi program tersebut. Untuk makluman semua, Abang E juga merupakan pemilik Katering terkenal di Parit Buntar, Titi Serong dan kawasan sekitarnya.

Secara peribadi Abang Chaq amat teruja diatas sambutan yang amat menggalakan dari sanak saudara, anak cucu cicit Tok Salmah, yang jauh mahupun yang dekat. Program sebegini seharusnyalah teruskan di masa-masa akan datang agar keutuhan keluarga serta hubungan silaturahim akan terus berkekalan di samping mengerat dan merapatkan hubungan keluarga yang semakin besar, semakin ramai dan ada kemungkinan kita tidak mengenali antara satu dengan yang lain.

Sekalung tahniah untuk semua keluarga Abang Chaq yang terlibat secara langsung, bekerja keras demi menjayakan program ini. Mudah-mudah ALLAH memelihara semua. Akhir sekali marilah sama-sama kita sedekahkan pahala bacaan Fatehah untuk Tok Wan Hj. Mohamad, Tok Salmah, ayah dan ibu serta sanak saudara yang terlebih dahulu pergi mengadap ROBBULJALIL... Alfatehah..

Induk kepada keluarga Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah (duduk 4 dari kiri). Kalau tak silap Abang Chaq, foto ini dirakam sekitar tahun 1958 (Pak Su Mail.. berdiri 2 dari kanan.. dan Mak Cik Suraya duduk..kiri sekali.. mohon pencerahan tahun foto ini dirakam)

Anak, cucu serta cicit Tok Salmah merakamkan kenangan indah di lokasi yang sama seperti foto di atas.

Banner dicetak khas..sponsor by Al Khairi Marketing


Mak Cik Suraya (kiri sekali.. anak Tok Salmah), Kak Rohani..cucu(2 dari kiri), Mak Su Puan (3 dari kiri (menantu Tok Salmah, juga isteri Pak Su Mail), Kak Nabilah..cucu (kanan sekali)

Pak Su Mail (tengah, anak Tok Salmah yang bongsu) bersama Kak Lon ..cucu(sebelah kanan Pak Su), Kak Not.. cucu (kiri Pak Su) bersama 2 orang cicit Tok Salmah



Adik beradik serta penduduk Bukit Apeng yang hadir di dalam program tersebut sedang menjamu selera.


"Amboi depa... kena dagin cicah ayaq asam ari ni..."


Kerja-kerja melapah sedang dijalankan oleh petugas...


Mesyuarat persediaan Program Himpunan Keluarga yang diadakan di rumah Pak Su Mail..dari kiri Cikgu Kamarul Zahari..(Abang E , cucu Tok Salmah), Mokhtarul Kudus..cucu (2 dari kiri), Ustaz Khairi (3 dari kiri, menantu Mak Cik Suraya), Pak Su Mail (kanan sekali)


Mesyuarat berlangsung... serius nampak... kelihatan kanan sekali, Mak Cik Suraya (anak Tok Salmah, Amirul Naim cucu (jaket hitam), baju belang.. sapa tu.. mohon pencerahan.


Kak Not (cucu Tok Salmah) sedang ber'posing' depan almari antik... antara barang yang masih kekal terpelihara di dalam rumah Tok Salmah.. terima kasih Pak Su kerana menjaga peninggalan Tok ni..


'Konsert' oleh artis yang didatangkan khas dari....... untuk memeriahkan program

Abang Ishak (cucu menantu Tok Salmah)


Apa agaknya yang sedang diperkatakan oleh Mak Ndak Som (menantu Tok Salmah)

Persiapan terakhir sedang rancak dilaksanakan oleh Abang Ki (Mohd Zaki, kiri sekali.. cucu), Kak Ani (Kak Rohani.. sedang membongkok..cucu), sambil diperhatikan oleh Kak Adilah (tudung hitam.. cucu)... Kak Not (tudung coklat.. cucu) juga sedang sibuk menulis sesuatu.. turut memerhati Kak Lon (tudung kelabu hitam.. cucu)

Sembelihan korban sedang dijalankan oleh Ustaz Khairi, sambil diperhatikan oleh Pak Teh Ani (anak saudara Tok Salmah yang juga merupakan Imam Masjid Kg. Bukit Apeng sekarang ini)

Fahimah (cicit Tok Salmah) sedang memberikan penerangan di dalam program tersebut... anak-anak yang 'happy' di belakang tu adalah antara cicit... mungkin piut Tok Salmah...


Daging korban diagihkan oleh Ustaz Khairi.....