Keluarga merupakan institusi penting kerana ia bertanggungjawab melahir, mendidik, mengasuh dan membesarkan masyarakat yang pada satu masa nanti akan mewarisi peninggalan ibu bapa mereka. Keutuhan atau kerapuhan institusi keluarga mempunyai kesan langsung yang akan menentukan hala tuju dan kekuatan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, Islam memberi perhatian yang cukup serius di dalam pembinaan dan pembentukan sesebuah keluarga. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah 1435 bertempat di halaman rumah Pak Su Mail (Cikgu Saad) Kg. Bukit Apeng, Lubuk Buntar, Serdang, Kedah, telah berlangsung satu program yang diberi nama "Himpunan Keluarga" mengumpul anak, cucu dan cicit Hj. Mohamad Bin Hj. Salleh dan pasangan kesayangannya Hajjah Salmah Bt. Hj. Ngah (sinonim dengan panggilan oleh cucunya... Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah).
Program yang dicetuskan oleh idea Ustaz Khairi Bin Hj. Saleh (suami kepada Mazidah salah seorang daripada puluhan cucu Tok Salmah) telah dirancang sejak 5 bulan yang lalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari cucu -cucu dan cicit Tok Salmah.
Lokasi tersebut sengaja dipilih, kerana halaman rumah peninggalan Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah itu (yang kini diduduki oleh Pak Su Mail anak bongsu Tok Salmah) merupakan halaman yang meninggalkan seribu kenangan manis dan nostalgia indah yang sukar dipadam dari ingatan di zaman kami (cucu), masih kanak-kanak dahulu.
Perancangan disusun rapi dengan beberapa siri mesyuarat persediaan program telah diadakan di rumah Pak Su Mail yang dihadiri oleh Mak Cik Suraya (anak Tok Salmah) sepupu-sepupu Abang Chaq yang menetap di sekitar Bukit Apeng, Kulim, Sg. Petani, Parit Buntar dan lain-lain. Bagi kami yang tinggal jauh (KL, Putra Jaya, Teluk Intan dan lain-lain lokasi) sentiasa dimaklum perkembangan terkini persediaan program tersebut dari masa ke semasa melalui WhatsApp Group "Keluarga Bukit Apeng". T Shirt bertemakan "Keluargaku" ditempah khas untuk dipakai pada hari tersebut.
(Untuk makluman pembaca semua Abang Chaq adalah cucu kepada Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah)
Sebanyak 4 biji khemah telah didirikan untuk menampung 'adik beradik' dan penduduk kampung yang hadir di dalam program tersebut. Program yang bermula seawal 7.30 pagi telah berjaya mengumpulkan antara 250 orang hingga 300 orang termasuk penduduk kampung dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Tarikh tersebut sengaja dipilih kerana umat Islam ketika itu sedang menyambut Hari Raya Korban (Raya Kedua). Maka, program Himpunan Keluarga ini disambut bersekali dengan ibadah korban yang peserta-pesertanya terdiri daripada anak, cucu dan cicit Tok Salmah. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan di dalam program tersebut. Dianggarkan sebanyak 140 bungkus daging korban telah diagihkan kepada asnaf yang layak sekitar Kg. Bukit Apeng dan kampung-kampung berdekatan. Sedikit daging korban tersebut dijadikan hidangan (sup, masak kurma, daging cicak ayaq asam... peeeerrgggh.. meleleh ayaq lioq)) yang dimasak oleh salah seorang cucu Tok Salmah iaitu Cikgu Kamarul Zahari (sinonim dengan nama Abang E) dijamu untuk sanak saudara yang hadir serta penduduk kampung yang turut dijemput bagi memeriahkan lagi program tersebut. Untuk makluman semua, Abang E juga merupakan pemilik Katering terkenal di Parit Buntar, Titi Serong dan kawasan sekitarnya.
Secara peribadi Abang Chaq amat teruja diatas sambutan yang amat menggalakan dari sanak saudara, anak cucu cicit Tok Salmah, yang jauh mahupun yang dekat. Program sebegini seharusnyalah teruskan di masa-masa akan datang agar keutuhan keluarga serta hubungan silaturahim akan terus berkekalan di samping mengerat dan merapatkan hubungan keluarga yang semakin besar, semakin ramai dan ada kemungkinan kita tidak mengenali antara satu dengan yang lain.
Sekalung tahniah untuk semua keluarga Abang Chaq yang terlibat secara langsung, bekerja keras demi menjayakan program ini. Mudah-mudah ALLAH memelihara semua. Akhir sekali marilah sama-sama kita sedekahkan pahala bacaan Fatehah untuk Tok Wan Hj. Mohamad, Tok Salmah, ayah dan ibu serta sanak saudara yang terlebih dahulu pergi mengadap ROBBULJALIL... Alfatehah..
Induk kepada keluarga Tok Wan Hj. Mohamad & Tok Salmah (duduk 4 dari kiri). Kalau tak silap Abang Chaq, foto ini dirakam sekitar tahun 1958 (Pak Su Mail.. berdiri 2 dari kanan.. dan Mak Cik Suraya duduk..kiri sekali.. mohon pencerahan tahun foto ini dirakam)
Anak, cucu serta cicit Tok Salmah merakamkan kenangan indah di lokasi yang sama seperti foto di atas.
Banner dicetak khas..sponsor by Al Khairi Marketing
Mak Cik Suraya (kiri sekali.. anak Tok Salmah), Kak Rohani..cucu(2 dari kiri), Mak Su Puan (3 dari kiri (menantu Tok Salmah, juga isteri Pak Su Mail), Kak Nabilah..cucu (kanan sekali)
Pak Su Mail (tengah, anak Tok Salmah yang bongsu) bersama Kak Lon ..cucu(sebelah kanan Pak Su), Kak Not.. cucu (kiri Pak Su) bersama 2 orang cicit Tok Salmah
Adik beradik serta penduduk Bukit Apeng yang hadir di dalam program tersebut sedang menjamu selera.
"Amboi depa... kena dagin cicah ayaq asam ari ni..."
Kerja-kerja melapah sedang dijalankan oleh petugas...
Mesyuarat persediaan Program Himpunan Keluarga yang diadakan di rumah Pak Su Mail..dari kiri Cikgu Kamarul Zahari..(Abang E , cucu Tok Salmah), Mokhtarul Kudus..cucu (2 dari kiri), Ustaz Khairi (3 dari kiri, menantu Mak Cik Suraya), Pak Su Mail (kanan sekali)
Mesyuarat berlangsung... serius nampak... kelihatan kanan sekali, Mak Cik Suraya (anak Tok Salmah, Amirul Naim cucu (jaket hitam), baju belang.. sapa tu.. mohon pencerahan.
Kak Not (cucu Tok Salmah) sedang ber'posing' depan almari antik... antara barang yang masih kekal terpelihara di dalam rumah Tok Salmah.. terima kasih Pak Su kerana menjaga peninggalan Tok ni..
'Konsert' oleh artis yang didatangkan khas dari....... untuk memeriahkan program
Abang Ishak (cucu menantu Tok Salmah)
Apa agaknya yang sedang diperkatakan oleh Mak Ndak Som (menantu Tok Salmah)
Persiapan terakhir sedang rancak dilaksanakan oleh Abang Ki (Mohd Zaki, kiri sekali.. cucu), Kak Ani (Kak Rohani.. sedang membongkok..cucu), sambil diperhatikan oleh Kak Adilah (tudung hitam.. cucu)... Kak Not (tudung coklat.. cucu) juga sedang sibuk menulis sesuatu.. turut memerhati Kak Lon (tudung kelabu hitam.. cucu)
Sembelihan korban sedang dijalankan oleh Ustaz Khairi, sambil diperhatikan oleh Pak Teh Ani (anak saudara Tok Salmah yang juga merupakan Imam Masjid Kg. Bukit Apeng sekarang ini)
Fahimah (cicit Tok Salmah) sedang memberikan penerangan di dalam program tersebut... anak-anak yang 'happy' di belakang tu adalah antara cicit... mungkin piut Tok Salmah...
Daging korban diagihkan oleh Ustaz Khairi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan