SALAM SEJAHTERA

Isnin, 20 Oktober 2014

PANASNYA API

Gambar Hiasan

Ketika Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi, Baginda tidak lagi memperolehi makanan secara mudah seperti di syurga. Baginda harus bekerja keras untuk memperolehi buah-buahan atau daging untuk dimakan. Ketika Baginda memperolehi binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata Baginda tidak dapat memakan makanan itu kerana masih mentah dan tidak sedap. 

Kerana itulah, Baginda berdoa kepada ALLAH SWT agar diturunkan api untuk memasak. Maka ALLAH SWT  mengutuskan malaikat Jibril meminta sedikit api kepada malaikat Malek di neraka untuk keperluan Nabi Adam di dunia.

Malaikat Malek berkata, "wahai  Jibril, berapa banyak engkau inginkan api?"
Malaikat Jibril menjawab, "Aku inginkan api neraka itu seukuran buah kurma"...
Malaikat Malek pun membalas, "sekiranya aku memberi api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh lapisan langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana kepanasannya"...
Malaikat Jibril pun menjawab, " kalau begitu, berikan saja kepada aku separuh buah kurma sahaja"...
Malaikat Malek berkata lagi, " jika aku berikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitik pun dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tumbuhan yang hidup"...

Malaikat Jibril jadi kebingungan, sebanyak mana api neraka yang aman untuk kehidupan di atas bumi ini?

Kerana itu beliau pun berdoa kepada ALLAH SWT..."Ya ALLAH, sebanyak mana api neraka yang harus aku ambil untuk keperluan Adam di bumi?"...
ALLAH SWT berfirman, " Ambillah api dari neraka sebesar zarah"..

Maka malaikat Jibril meminta api neraka kepada malaikat Malek sebesar zarah dan dibawa ke bumi. Setibanya di bumi, Jibril merasakan api neraka yang sebesar zarah itu pun masih terlalu panas, maka beliau mencelupkan (membasuh) sebanyak tujuh puluh kali ke dalam tujuh puluh sungai yang berbeza. 

Baru setelah itu, beliau membawakan kepada Nabi Adam dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi. Sebaik sahaja diletakkan api itu, gunung tersebut bergegar. Tanah, batu, besi dan semua yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas dan mengeluarkan asap. Bahkan api yang sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi. 

Lelehan Magma

Melihatkan hal yang sedemikian rupa menyebabkan malaikat Jibril menjadi khuatir. Beliau terus mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka. Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang ini menjadi sumber api di dunia ini termasuk magma di semua gunung berapi di atas bumi ini.

Tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut. Kalau bara api di dunia ini yang biasanya berwarna merah, maka api neraka itu berwarna hitam kelam seperti hitamnya gelap malam.

Gambar Hiasan

Baginda Nabi Muhammad SAW pernah menanyakan keadaan api neraka itu, maka malaikat Jibril berkata, "sesungguhnya ALLAH  SWT menciptakan api neraka, lalu menyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga (baranya) berwarna merah, kemudian (ALLAH) menyalakannya  lagi (menambah panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih dan (DIA) menyalakannya lagi (menambahkan panasnya) selama seribu tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam. Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang nyalaan apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya".

Sumber : Dari kisah Al Habib Ubaidillah Bin Idrus Al Habsyi Surabaya (Alumnus Ribath Darul Mustapha Yaman)

Pesanan dari Abang Chaq : 
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari apa yang disampaikan dari rencana di atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan